Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan tentera Iraq mengatakan bahawa para anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengambil langkah drastik dengan mencukur jambang mereka secara beramai-ramai dalam upaya untuk menghilangkan diri di tengah-tengah masyarakat awam negara itu.
"Mereka mencukur jambang dan melarikan diri. Pada hari semalam sahaja, kami berjaya menahan dua anggota mereka yang berada di tengah-tengah kumpulan wanita dan kanak-kanak," kata Leftenan Jeneral Sami al-Aridi daripada pasukan khas tentera negara Iraq kepada Associated Press pada hari Rabu.
Beliau turut berkata bahawa ratusan militan berjaya melarikan diri daripada kawasan Old City sambil menambah bahawa sekitar 300 anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh masih mengekalkan kedudukan mereka di beberapa kawasan kecil yang masih dikawal oleh kumpulan itu.
Kenyataan itu dibuat pada hari yang sama ketika Staf Leftenan Jeneral Abdulwahab al-Saad yang merupakan pemerintah tertinggi pasukan Perkhidmatan Anti-Keganasan Iraq (CTS) memberitahu media bahawa pegangan Daesh di Mosul telah mengecil kepada kawasan seluar 150 meter persegi.
Beliau turut mengatakan sekitar 100 orang pengebom berani mati masih kekal di kawasan Old City di Mosul. Menurut beliau, 90 peratus daripada anggota pengganas yang masih tersisa di kawasan itu terdiri daripada warga negara asing. -ABNA24
/315
7 Julai 2017 - 14:53
News ID: 840941
Seorang pegawai kanan tentera Iraq mengatakan bahawa para anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengambil langkah drastik dengan mencukur jambang mereka secara beramai-ramai dalam upaya untuk menghilangkan diri di tengah-tengah masyarakat awam negara itu.